KEJOHANAN BERBASIKAL TRACK PLN 2 -5hb JULAI 2009,VELODROME IPOH.
Kejohanan ini disertai oleh semua pusat latihan negeri dibawah Majlis sukan negara Malaysia.Kelantan telah menghantar 10 atlet remaja dan 2 atlet yang sedang berlatih dibawah pusat latihan serantau iaitu Al Ghazali dan atlet wanita dibawah pelapis kebangsaan,Nur Ezuwanie,manakala Wan Shazwan afiq (serantau ipoh) mewakili pasukan terengganu untuk keserasian acara Team pursuit.
Sepanjang 3 hari kejohanan pasukan remaja kelantan memberi persaingan yang sengit terutama dalam acara sprint yang mana Al Ghazali telah memenangi emas acara Keirin dan pelumba remaja Israq Zaim telah layak ke final acara ini.
Fahmiee dan zarif telah mencipta masa Top 10 dalam acara 200m sprint dan 500 m....dan israq telah membuat masa terbaik 200m sprint bawah 15 thn.
Atlet atlet lain seperti shafiq,raja shafiq,muiz dan muim telah berusaha untuk menempatkan diri diantara atlet yang bertanding
Syabas di ucapkan kepada kimie dan ayie kerana berani mencuba di perlumbaan pertama.
Pencapaian 1 emas(al ghazali-Acara Keirin),dan 2 perak(Nur Ezuwanie-stracth race,500m),kejayaan israq ke final acara keirin,Fahmiee,zarif dan kimie berada di top 10 bagi acara masing2 amat di banggakan.
Pusat latihan Negeri Kelantan sukan berbasikal di bawah Unit sukan prestasi tinggi,Majlis sukan negeri Kelantan terdiri daripada atlet atlet remaja yang berumur antara 13 hingga 18 tahun. Atlet remaja ini merupakan pelajar pelajar sekolah di daerah Kota Bharu,Pasir Mas,Tumpat,Tanah Merah,Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Pusat latihan ini mempunyai 22 orang atlet remaja lelaki dan telah menyertai beberapa kejohanan berbasikal di serata Malaysia.
Ahad, 28 Jun 2009
Rabu, 10 Jun 2009
Langgan:
Catatan (Atom)