Walaupun dengan segala kekurangan peralatan dan juga latihan di Velodrome namun kesungguhan atlet remaja kelantan untuk bersaing dengan pasukan yang jauh tarafnya amat dibanggakan.
Israq Zaim..15 thn..masuk acara Keirin bawah 16/17 thn...dapat masuk final dengan atlet2 yang lebih senior....namun disebabkan kekurangan pengalaman beliau telah mendapat no 6..taniah"Jon"...kekalkan prestasi anda...
Perlumbaan basikal Track dalam gelangang Velodrome amat mencabar bagi atlet2 remaja..namun kesungguhan dan semangat ingin "bersaing"di antara PLN negeri menjadikan event ini begitu meriah sekali....
Pusat latihan Negeri Kelantan sukan berbasikal di bawah Unit sukan prestasi tinggi,Majlis sukan negeri Kelantan terdiri daripada atlet atlet remaja yang berumur antara 13 hingga 18 tahun. Atlet remaja ini merupakan pelajar pelajar sekolah di daerah Kota Bharu,Pasir Mas,Tumpat,Tanah Merah,Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Pusat latihan ini mempunyai 22 orang atlet remaja lelaki dan telah menyertai beberapa kejohanan berbasikal di serata Malaysia.
Rabu, 22 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan