Penerangan dari Dr.Cheng mengenai penyelidikan dan prestasi atlet semasa ujian dijalankan.
Atlet bersiap sedia bagi menjalankan ujian bagi mendapatkan jumlah "watt"bagi prestasi atlet.
Dengan kayuhan mengikut RPM,Jurulatih dan pegawai penyelidik dapat perhatikan jumlah"Watt"yang dilakukan oleh atlet.
program penyelidikan atlet yang diadakan bagi mengenal pasti "Prestasi"atlet di bulan Ramadhan nanti...program ini dijalankan oleh unit sains sukan USM kubang kerian dan dibantu oleh atlet berbasikal negeri Kelantan.
Program ini dijalankan sebanyak 5 sessi (ujian)...3 hari sebelum,1 hari sebelum,3hari selepas,20 hari dalam bulan Ramadhan dan 5 hari selepas Hari Raya.
Tujuan program penyelidikan ini adalah untuk menentukan adakah prestasi atlet akan menurun dibulan Puasa atau sebaliknya.
Penyelidikan ini adalah persiapan unit sains sukan Usm/Isn bagi menghadapi Olimpik 2012 yang jatuh pada bulan puasa tahun tersebut.
Pusat latihan Negeri Kelantan sukan berbasikal di bawah Unit sukan prestasi tinggi,Majlis sukan negeri Kelantan terdiri daripada atlet atlet remaja yang berumur antara 13 hingga 18 tahun. Atlet remaja ini merupakan pelajar pelajar sekolah di daerah Kota Bharu,Pasir Mas,Tumpat,Tanah Merah,Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Pusat latihan ini mempunyai 22 orang atlet remaja lelaki dan telah menyertai beberapa kejohanan berbasikal di serata Malaysia.
Rabu, 19 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan