Setiap penghujung bulan akan diadakan satu penilaian prestasi atlet remaja berbasikal kelantan.
Penilaian diadakan dalam acara ujian masa perseorangan sejauh 12km dan atlet perlu membuat 2 set ujian masa bagi mendapat masa yang terbaik.
sebelum bermulanya acara,atlet di beri penerangan dan nasihat serta di ingatkan supaya menjaga keselamatan semasa ujian masa.
Pegawai penyelaras sukan Msnk Afiq Akmal juga membantu dalam menjayakan program ujian ini.
Atlet sedang bersiap sedia bagi menjalankan ujian masa...
Pusat latihan Negeri Kelantan sukan berbasikal di bawah Unit sukan prestasi tinggi,Majlis sukan negeri Kelantan terdiri daripada atlet atlet remaja yang berumur antara 13 hingga 18 tahun. Atlet remaja ini merupakan pelajar pelajar sekolah di daerah Kota Bharu,Pasir Mas,Tumpat,Tanah Merah,Rantau Panjang dan Pasir Puteh. Pusat latihan ini mempunyai 22 orang atlet remaja lelaki dan telah menyertai beberapa kejohanan berbasikal di serata Malaysia.
Ahad, 14 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan