Sabtu, 26 Disember 2009

JELAJAH TERENGGANU 18-26HB DEC.2009

Pasukan berbasikal kelantan sedang bersiap sedia di garisan permulaan..Feeding ambik tahap maksimun....refill air..nanti susah nak ambik feeding pulok...speed laju wehhhh...
mula2 Zarif ..pah tu Raja pulok bocor..rim spare ado sepasang jah...nasib baik lepas tu tak der bocor doh..kalu dok..naik keta la sapa2 yang malang tu.....
Pasang rim satu hal..nak kejar Group yg kelajuannya kadang mencecah 45-55kmj tu..pikir la sendiri...dengan bantuan Marshall2 dan team CAr...pelumba mampu masuk ke BUNCH group..namun biasa la...letih jugak wehhh...


Raja dan Coach.....ni sessi kejar group lepas tukar rim....serius ko..?dok ehhh..tension pikir rim spare doh abis doh...kalu bocor lagi gak....naik keta larrrr....

Walaupun masih remaja..namun kesungguhan atlet Remaja Kelantan bersaing dengan atlet2 yang jauh lebih senior amat dibanggakan....Raja dengan usahanya membuat Breakway di 1km terahkir pada stage 7...Amin yang sentiasa berada di kelompok pecutan breakway...Zarif sentiasa berada dalam kelompok...Muim yg Jatuh..bangun dan berusaha mengejar Team semasa UjianMasa berpasukan...kimie yg juga menunjukkan peningkatan...dan Ali(jambu)...mendapat tempat ke 5 di Stage 7 dan ke 4 Stage 9(Kriterium)....Syabas...usaha lagi...



Pastikan bekalan feeding tu cukup2..jangan dok koya nok ambik feeding masa race...dok larat bohhhh..nok kejar group..terkangkang Weeehhhh....Sumi,wafer,kismiss,roti dan air rebina...biasa la team low budget..powerbar ke powerjel (Rm6.00 se)....dok mampu...ganti gan Milobar...rm0.50 se...



Isnin, 14 Disember 2009

CABARAN "TEAM KELANTAN" DI JELAJAH TERENGGANU pada 18-26hb.Dec.2009

Pasukan Berbasikal Kelantan akan menyertai kejohanan berbasikal Jelajah Terengganu pada 18 -26hb December yang merangkumi 8 stage menjelajah Negeri Terengganu Darul Iman.Pastinya kehadiran Atlet remaja Kelantan ini akan memberi cabaran kepada pasukan2 lain.
Senarai Atlet Remaja Kelantan:
1.Mohamad Al Ghazali B.Ab.jalil
2.MOhamad Aminuddin Baki B.Zahari
3.MOhamad Fahmiee B Rusliee
4.Abd.Muim B.Abd Aziz
5.Raja MOhamad Shafiq B. Raja Harus
6.MOhamad Zarif B. Ab.Latif
Latihan Endurance Miles diadakan sekembalinya dari Kejohanan Karnival Pelapis berbasikal Track yang mana atlet remaja kelantan memberi saingan yang sengit dalam event2 yang disertai terutama Israq Zaim Mat Sal dalam acara 200m sprint yang telah melayakkan diri ke perebutan tempat keempat dan ketiga.

Pasukan Berbasikal Remaja Kelantan juga akan menyertai "Kem Tahunan"MSNK pada 21 - 24hb Dec 09 yang mana 5 atlet remaja ini terpilih.
Senarai Nama atlet ke KEm:
1.Israq Zaim Mat Sal
2.Ahmad Badrul Hakim
3.Mohamad Azree B.Norazli
4.Mohamad Hakimi
5.Amir

Isnin, 23 November 2009

KEM BAKAT BERBASIKAL FASA 3, 9 - 17hb.Nov.09...Velodrome Ipoh,Perak

Israq Zaim...15thn...SMK Long Ghafar....
Sprinter....Mini Competition:200m sprint: No 4: Masa 13.06, 2km itt: No 17:Masa .1083. 500m:No 13:Masa : 4.008.....

Mohamad Aminuddin Baki Zahari....SMK Pintu Geng....16thn
Mini Competition: 200m sprint: No 2:Masa:12.88, 2km itt: No 12:Masa:3.0363, 500m : No 3: Masa:3.081......

Sepanjang Kem Bakat ini atlet remaja didedahkan dengan segala pengetahuan mengenai acara2 yang di pertandingkan dalam Velodrome.Atlet juga di bekalkan dengan pengetahuan terhadap permakanan,rengangan sebelum latihan,cara2 "Warming up "dalam Velodrome,kelas motivasi oleh Jurulatih pelapis kebangsaan dan PLN negeri.

Harapan agar Atlet dapat mengunapakai segala ilmu yang di mpelajari sepanjang 7 hari di Kem latihan ini.

KEJOHANAN KARNIVAL BERBASIKAL TRACK PEL;APIS,Velodrome Cheras 3-6hb.Dec 09


Kejohanan karnival pelapis akan diadakan pada 3-6hb Dec di Velodrome Cheras.Kejohanan ini adalah terahkir dalam kalendar kejohanan Pelapis yang mana diadakan 3 kali setahun bagi acara track.
Kejohanan ini terbuka kepada semua pusat latihan negeri dan juga kelab2 berbasikal di negara ini dan mengikut katogori umur atlet.
Bagi Pusat Latihan Negeri Kelantan,Kejohanan kali ini merupakan puncak acara yang mana PLN Kelantan meletakkan Target yang tinggi untuk memberi prestasi yang terbaik.

Selasa, 17 November 2009

Kem bakat fasa 3 (track) velodrome ipoh.....

Balik kem..dapat COLNAGO....
Target nanti kat karnival pelapis pada 3 - 6 Dec 09.....
Antara Jurulatih terlibat masa Kem BerbasikalTrack
Coach Nazri(Terengganu),Coach Fauzi(Pahang),Coach Rosli(Kelantan) dan Coach Pendi(Perlis)...
Pembelajaran dalam penggunaan track terutama Warming up dan safety.
Streching dan motivasi pada atlet2....

Begini lah keadaan latihan semasa kem bakat fasa 3......Warming up by group....
"jangan buka...team nak potong,,potong..potong...."
Pengendaliaan atlet semasa kem di serahkan kepada Jurulatih oleh ketua Jurulatih Cikgu Soad...
negok yg pakai baju jalur tu.....coach hemsem...dari kelantan la tuuuu...
Team 2 sedang bersiap untuk sessi warm up...dalam gambar ni...
Aminuddin baki(Kel),Jannah(Pahang),aisyah(kedah-Pdg Mat sirap).....

Ahad, 1 November 2009

Aktiviti Latihan..Pln Kelantan

Latihan hujung minggu bersama pengatih2 senior ke Pantai Sri Tujuh.....



Latihan roller dilakukan apabila cuaca tidak mengizinkan.....

Keselamatan Atlet Berbasikal adalah UTAMA>>



Tengok Depan...bukan KAmera..



Aktiviti latihan atlet remaja berbasikal Kelantan tertumpu kepada latihan kayuhan "Endurance Miles...."bagi mendapat Base Enderance bagi pembinaan Enjin ketahanan atlet.
Kayuhan "Roller" dilakukan jika aktiviti latihan petang tidak dapat di lakukan kerana hujan.
Keselamatan atlet adalah Faktor utama dalam latihan,Jurulatih perlu memastikan aktiviti latihan terkawal dan selamat.



Rabu, 28 Oktober 2009

YAKIN CEMERLANG




Latihan dan persediaan awal atlet remaja kelantan bagi menyertai kejohanan berbasikal bermula awal selepas Ramadhan dan sehingga ke hari ini...namun selepas PMR..atlet2 berumur 15 tahun giat berlatih..Target adalah ke kejohanan SUTERA 3,di kuala Terengganu pada 13-15 nov..Atlet-atlet terpilih:
1.Mohamad Fahmiee Rusliee
2.Mohamad Zarif Ab.Latif
3.Raja Mohamad Shafiq Rj.Harus
SMK Kubang Kerian 2
4.Mohamad Shahrul Muiz Rahadi
5.Abdul Muim Abdul Aziz
6.Mohamad Shafiq shazwan Zainuddin
7.Ahmad Badrul Hakimi Mohamad
8.Israq Zaim Ismail...
SMK LONG GHAFAR
9.Mohamad Aminuddin baki Zahari
SMK Pintu Geng
10.Nazirul Afiq Ismail
11.Lukman Nor Hakim Asri
12.Mohamad Asraf Abdullah
13.Mohamad Fikri Mohmad Saudi
SMK RANTAU PANJANG( MTB ).

Pemilihan atlet ke Karnival pelapis cheras..Track..pada 3-6hb.Dec...akan diambil kira keputusan event Sutera3...

KARNIVAL PELAPIS TRACK

6 Atlet bawah 17thn..2 atlet bawah 15 akan disenaraikan.


JELAJAH TERENGGANU
(Bergantung kpd kewangan)

Medan latihan untuk atlet ke SUKMA melaka 2010...6 atlet akan disenaraikan bagi menyertai jelajah 8 peringkat ini...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Isnin, 5 Oktober 2009

KEJOHANAN PADA BULAN NOV & DEC 2009




PRA SUKMA -SUTERA 3

Kuala Terengganu - 13-15hb.Nov 09

Acara: Lebuh Raya
-Lepas beramai ramai (Masstart)
-Ujian Masa

Acara: Mountain Bike
-Cross Country



KEJOHANAN KARNIVAL PELAPIS
19 - 23hb.Nov.09

Acara : Track

Venue : Velodrome Cheras,Kuala Lumpur









JELAJAH TERENGGANU
18 - 26 Dec...

Acara: LebuhRaya
- 8 Stage
(tau..gambar ni acara track...)

Venue : Terengganu

Ahad, 27 September 2009

JANUAL JURULATIH


Alhamdullilah...kita telah berjaya mengharungi bulan ramadhan dan masih lagi berada dalam kesibukan Raya di bulan Shawal...namun bermulanya Shawal,bermakna bermula lah persiapan PLN Kelantan untuk menyiapkan satu team yang akan menyertai pelumbaan di bulan Nov dan Dec 09 nanti..iaitu kejohanan SportExcel Road/Jemputan Asean di Perlis (Nov 13-15hb) dan kejohanan Karnival pelapis di Velodrome Cheras (4-6hb.Dec).

Kebanyakan Atlet PLN berbasikal Kelantan akan menghadapi peperiksaan di ahkir tahun ini..PMR (7-13hb.Oct),Spm(Nov)...latihan tetap berjalan seperti biasa cuma kebanyakkan atlet yang tidak menghadapi peperiksaan penting ini.Harapan Coach agar atlet2 yang akan menduduki peperiksaan ini akan bersiap sedia serta juga tenang dalam menjawap kertas soalan nanti...

Namun persiapan perlu dibuat terutama persiapan untuk ke SUKMA 2010 di Melaka pada Jun 2010 dan kebanyakkan atlet akan berusaha untuk berada dalam pasukan terpilih ke kejohanan ini.

PLN Kelantan sentiasa akan melatih dan mengambil atlet2 remaja yang berminat dalam sukan ini dan akan sentiasa menyokong sukan berbasikal sepenuhnya...

Sekian...Wasalam....

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA..AIDIL FITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA ATLET /BEKAS ATLET PLN KELANTAN...MAAF ZAHIR BATIN....SEMUGA ANDA SEMUA MEMPEROLEHI KEJAYAAN DALAM SEGALA BIDANG YANG ANDA CEBURI...INGAT "MELANGKAH HENDAKLAH KE DEPAN...BUKAN KEBELAKANG....."
JUGA KEPADA PEMINAT SERTA PELAWAT BLOG K.C.T INI..."SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN.."Terima kasih kerana sokongan anda kepada sukan berbasikal...

Selasa, 8 September 2009

KEJOHANAN YANG AKAN DISERTAI BAGI BULAN NOV & DEC







1. Pre Race akan diadakan setiap hujung bulan bagi pemilihan atlet ke kejohanan yang terpilih...30 km ujian masa perseorangan dan Masstart( lebuhraya) 60 -80km.
2.Kedatangan atlet ke sessi latihan juga di ambil kira.






Event yang akan di Sertai:

1. SportExcel Perlis/jemputan Asean
13 - 15hb Nov.2009
( Acara Lebuhraya)

2. Karnival Pelapis Track( Velodrome Cheras)
4 - 6hb Dec 2009
( Acara Track )

Sabtu, 5 September 2009

FUTURE CHAMPION...KEIRIN


Israq Zaim...atlet berumur 15 tahun..layak ke final Keirin Karnival PLN....Muga akan menjelma Juara keirin dari negeri Kelantan...

Mohamad Fahmiee Rusliee..atlet Berumur 16thn....Kuat berusaha dan sentiasa rajin dalam latihan...

Selasa, 1 September 2009

PELUMBA REMAJA KELANTAN CATAT KEJAYAAN -Sinar Harian 1hb.Ogos


Kota Bharu-Penyertaan atlet remaja berbasikal Kelantan di Kejohanan Karnival Berbasikal PLN pada 2 - 5 julai di Velodrome Ipoh tidak menghampakan.
Kejohanan yang diadakan sebanyak 3 sirkit ini disertai oleh semua negeri dan pasukanKelantan dibawah kendalian Jurulatih Rosli Salleh telah berjaya membuka mata pemerhati sukan berbasikal dengan aksi yang penuh bersemangat.

PLN kelantan menghantar 10 orang atlet yang rata2nya berumur diantara 14 - 16 tahun telah memberikan saingan yang sengit kepada pelumba dari negeri lain,terutama melalui 2 atlet Kelantan yang kini berlatih dibawah pasukan pelapis serantau.Dua pelumba tersebut ialah Mohamad Al Ghazali yang kini berlatih di pusat latihan serantau,Pulau Pinang dan Nur Ezuwanie Zakaria dibawah pasukan pelapis kebangsaan,Bukit Jalil.
Pengalaman latihan bersama pasukan elite itu telah memberi kelebihan kepada Mohamad Al Ghazali apabila berjaya mengharumkan nama Kelantan dengan kejayaan mengungguli acara KEIRIN.Lebih manis lagi dengan kejayaan pelumba muda Israq Zaim yang berjaya menyelitkan diri dalam pusingan ahkir acara tersebut.
Nur Ezuwanie pula tidak menghampakan kontijen negeri apabila menyumbangkan 2 pingat perak dalam acara 500 meter dan Scracth race.
Penolong pegawai belia dan sukan USPTN Kelantan,Afiz Ikmal Adenan menyifatkan kejayaan atlet remaja ini adalah pendorong kepada pelumba2 lain agar tidak gentar dan mempamerkan semangat lawan yang tinggi ketika di beri peluang mewakili negeri.Kejayaan ini juga merupakan detik manis kepada sukan berbasikal negeri Kelantan yang kebelakangan ini ketinggalan dalam segi kemudahan dan sokongan ramai.
"kejayaan yang diperolehi, 1 Emas dan 2 Perak ini membuktikan Negeri Kelantan tidak ketandusan bakat dalam sukan berbasikal jika digilap dengan sebaiknya.
Disamping kejayaan ini,turut dibanggakan dengan pencapaian atlet2 remaja yang lain seperti Mohd Fahmiee,Mohd Zarif dan mohd Hakimi yang mana berada di ke 10 terbaik dalam acara masing2.
"Sekalung tahniah kepada Jurulatih PLN Kelantan En.Rosli Salleh yang berjaya memainkan peranannya mengilap bakat2 baru dalam sukan berbasikal ini dan juga atlet2 remaja yang berjaya membawa nama negeri Kelantan menjadi pasukan yang di Geruni oleh pasukan2 negeri yang lain"....JOGHO KELANTAN-Sinar Harian.

Jumaat, 28 Ogos 2009

CORAK JERSEY UNTUK TEAM KELANTAN SUKMA 2010



COLOUR AKAN MENGIKUT WARNA NEGERI...CORAK AKAN MENGIKUT GAMBAR...MANA SATU YANG MENARIK....PIKIR2 LA SENDIRI...

KEPUTUSAN 15KM ITT

Nama /Average Speed / Masa
Mohamad Jafni Zakaria /37.50 / 24.00.28
Abdul Muim /37.29 / 24.08.32
Mohamad Fahmiee / 35.29 / 25.30.08
Raja Shafiq / 35.30 / 25.30.40
Mohamad Shafiq / 34.15 / 26.21.00
Amir / 32.66 / 27.33.55
Ayie / 28.75 / 31.18.55

** Sessi ujianmasa perseorangan 15km dan Masstart(lumba Lebuhraya)akan diadakan sebulan sekali...bagi menilai prestasi atlet.

Rabu, 19 Ogos 2009

USM SPORT SCIENCE/KELANTAN CYCLING

Penerangan dari Dr.Cheng mengenai penyelidikan dan prestasi atlet semasa ujian dijalankan.
Atlet bersiap sedia bagi menjalankan ujian bagi mendapatkan jumlah "watt"bagi prestasi atlet.
Dengan kayuhan mengikut RPM,Jurulatih dan pegawai penyelidik dapat perhatikan jumlah"Watt"yang dilakukan oleh atlet.

program penyelidikan atlet yang diadakan bagi mengenal pasti "Prestasi"atlet di bulan Ramadhan nanti...program ini dijalankan oleh unit sains sukan USM kubang kerian dan dibantu oleh atlet berbasikal negeri Kelantan.
Program ini dijalankan sebanyak 5 sessi (ujian)...3 hari sebelum,1 hari sebelum,3hari selepas,20 hari dalam bulan Ramadhan dan 5 hari selepas Hari Raya.
Tujuan program penyelidikan ini adalah untuk menentukan adakah prestasi atlet akan menurun dibulan Puasa atau sebaliknya.
Penyelidikan ini adalah persiapan unit sains sukan Usm/Isn bagi menghadapi Olimpik 2012 yang jatuh pada bulan puasa tahun tersebut.

Sepetang..di tepi LebuhRaya.....

Lepak selepas berhempas pulas bergatih basikal.....

Jasni berjaya mendapat pertama dalam Itt 15km....average speed:37.50kmh

bergambar beramai2....bak posing ni memeng hebat bohhhh....

Rabu, 12 Ogos 2009

FUTURE CHAMPION....

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Ali....shafiq.....team sprint

Ali....shafiq.....team sprint

Macam style....time layan lepokkk>>>

Macam style....time layan lepokkk>>>

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....