Selasa, 1 September 2009

PELUMBA REMAJA KELANTAN CATAT KEJAYAAN -Sinar Harian 1hb.Ogos


Kota Bharu-Penyertaan atlet remaja berbasikal Kelantan di Kejohanan Karnival Berbasikal PLN pada 2 - 5 julai di Velodrome Ipoh tidak menghampakan.
Kejohanan yang diadakan sebanyak 3 sirkit ini disertai oleh semua negeri dan pasukanKelantan dibawah kendalian Jurulatih Rosli Salleh telah berjaya membuka mata pemerhati sukan berbasikal dengan aksi yang penuh bersemangat.

PLN kelantan menghantar 10 orang atlet yang rata2nya berumur diantara 14 - 16 tahun telah memberikan saingan yang sengit kepada pelumba dari negeri lain,terutama melalui 2 atlet Kelantan yang kini berlatih dibawah pasukan pelapis serantau.Dua pelumba tersebut ialah Mohamad Al Ghazali yang kini berlatih di pusat latihan serantau,Pulau Pinang dan Nur Ezuwanie Zakaria dibawah pasukan pelapis kebangsaan,Bukit Jalil.
Pengalaman latihan bersama pasukan elite itu telah memberi kelebihan kepada Mohamad Al Ghazali apabila berjaya mengharumkan nama Kelantan dengan kejayaan mengungguli acara KEIRIN.Lebih manis lagi dengan kejayaan pelumba muda Israq Zaim yang berjaya menyelitkan diri dalam pusingan ahkir acara tersebut.
Nur Ezuwanie pula tidak menghampakan kontijen negeri apabila menyumbangkan 2 pingat perak dalam acara 500 meter dan Scracth race.
Penolong pegawai belia dan sukan USPTN Kelantan,Afiz Ikmal Adenan menyifatkan kejayaan atlet remaja ini adalah pendorong kepada pelumba2 lain agar tidak gentar dan mempamerkan semangat lawan yang tinggi ketika di beri peluang mewakili negeri.Kejayaan ini juga merupakan detik manis kepada sukan berbasikal negeri Kelantan yang kebelakangan ini ketinggalan dalam segi kemudahan dan sokongan ramai.
"kejayaan yang diperolehi, 1 Emas dan 2 Perak ini membuktikan Negeri Kelantan tidak ketandusan bakat dalam sukan berbasikal jika digilap dengan sebaiknya.
Disamping kejayaan ini,turut dibanggakan dengan pencapaian atlet2 remaja yang lain seperti Mohd Fahmiee,Mohd Zarif dan mohd Hakimi yang mana berada di ke 10 terbaik dalam acara masing2.
"Sekalung tahniah kepada Jurulatih PLN Kelantan En.Rosli Salleh yang berjaya memainkan peranannya mengilap bakat2 baru dalam sukan berbasikal ini dan juga atlet2 remaja yang berjaya membawa nama negeri Kelantan menjadi pasukan yang di Geruni oleh pasukan2 negeri yang lain"....JOGHO KELANTAN-Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Ali....shafiq.....team sprint

Ali....shafiq.....team sprint

Macam style....time layan lepokkk>>>

Macam style....time layan lepokkk>>>

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....