Sabtu, 2 Februari 2013

weekend ride..KB-Jeram Pasu(Pasir puteh)

Kayuhan hari jumaat tidak lah endurance mana..just ride to waterfall..dan sambil2 tu berjumpa dengan atlet2 dan jurulatih dari team Pasir Puteh. Atlet berbasikal Pasir Puteh seramai lebih kurang 15 org dengan kendalian oleh jurulatih Cikgu Hafizan n Ridzuan( Black.)berumur diantara 14 -18thn dan mempunyai fasiliti berbasikal yg serba kekurangan ( sama la gan team Kita..hehehe..

Selasa, 29 Januari 2013

Kayuhan ke titiwangsa bersama team kebangsaan

Pada 27hb..Team berbasikal kebangsaan dibawah kendalian Jurulatih Aminuddin Sulaiman telah sampai ke Tanah Merah, Kelantan selepas membuat kayuhan latihan dari Kuala Terengganu.Seramai 24 atlet termasuk 8 atlet wanita kebangsaan yang dikendalikan oleh Jurulatih abg Mat..( sori bohh..nama ic lupo lar..)..dan pegawai serta mekanik. Team Kebangsaan sampai di Tanah Merah dalam pukul 3.30 ptg dan menginap di Mawar Resort..berhampiran tasik dan bandar tanah Merah.Program team kebangsaan ialah sehari Rehat di tanah merah dan kemudian berkayuh ke baling dari tanah merah sejauh 238km dengan pendakian menaiki Banjaran titiwangsa,Grik dan terus ke Baling. Pusat Latihan berbasikal Kelantan tidak melepaskan peluang untuk berkayuh dengan team kebangsaan dari tanah merah ke Puncak Titiwangsa. Kayuhan bermula pada jam 8.30 pagi melalui Gate keretapi ke Kg Kelewek,kemudian ke Gual Ipoh terus ke Bukit bunga dan Jeli.Pendakian bermula di Batu Melintang yang mana pendakian sejauh 35km. Amirol awal2 lagi putus..kelajuan dlm 24km dlm pendakian pertama..kemudian fiqi pulok...amier nampok ok jah...lepas dlm 3km pendakian..abis Gas..tinggal Kecik yg maintain pendakian bersama pasukan kebangsaan. Pengalaman berlatih bersama Team kebangsaan amat berharga bagi atlet PLN dan juga Jurulatih...sampai di puncak TTwangsa..selapas refill feeding...Team Kebangsaan teruskan kayuhan ke Grik..manakala kami turun ke Batu Melintang dgn speed downhill 65km...

Selasa, 22 Januari 2013

KEM BERBASIKAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Kem berbasikal peringkat negeri kelantan telah diadakan pada 16 - 18hb December 2012.Kem diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji,Kota Bharu yang mana disertai oleh 15 atlet yang berumur 15 dan 16 tahun dari beberapa daerah di Kelantan antaranya Daerah Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
Sepanjang Kem ini atlet di beri penerangan dan juga pendedahan tentang perlumbaan basikal dan juga peralatan serta motivasi.Kem ini adalah anjuran Uspt Negeri, Majlis Sukan Negeri Kelantan dan Majlis Sukan Negara ( Caw.Pelapis ) yang di kendalikan oleh Jurulatih Negeri.

Ahad, 20 Januari 2013

KEM BERBASIKAL TRACK BAWAH 15 THN

Penyertaan 2 atlet remaja PLN kelantan ke Kem Berbasikal Track bawah 15 anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, di Velodrome ipoh amat membanggakan.Pemilihan di buat oleh jurulatih2 dari bahagian pelapis kebangsaan dan serantau.Pemilihan berdasarkan prestasi atlet dari kejohanan2 yang disertai sepanjang tahun. 2 atlet PLN kelantan, Mohamad Afeeq Bin Din dan Mohamad Firdaus B Hadi ,telah terpilih menyertai Kem ini.Mohamad Afeeq merupakan pelajar dari SMK(U)Mahad Muhammmadi dan Mohamad Firdaus dari SMK Kubang Kerian.kedua atlet berbasikal ini berumur 15 tahun dan merupakan atlet yang mempunyai kelebihan dan kesungguhan untuk menjadi atlet Kebangsaan di masa akan datang.
Pengalaman yang amat ternilai bagi atlet2 remaja ini, apabila sessi bersama dengan jaguh lumba basikal negara dan juga Olimpian Malaysia, Azizul Hasni Awang dapat bersama dengan atlet remaja memberi kata2 semangat dan perangsang kepada atlet2 remaja ini.

Rabu, 16 Januari 2013

Prestasi Atlet2 Remaja Kelantan sepanjang tahun 2012

Assalamualaikom..Salam sejahtera..salam 1 Malaysia: Pusat latihan Berbasikal Kelantan, yang berpusat di Majlis Sukan Negeri Kelantan di bawah naungan Majlis Sukan Negara,Unit Pelapis..sepanjang tahun 2012 telah menyertai beberapa kejohanan Lumba Basikal..terutama acara Track. Sepanjang tahun 2012,beberapa atlet remaja kelantan telah di kenal pasti untuk di serapkan ke Pasukan Pelapis Kebangsaan dan Serantau. atlet2 kelahiran Negeri kelantan kebelakangan ini telah terpilih ke Pasukan Malaysia Elite dan Pelapis Kebangsaan serta Serantau. Nik Azwan B Zainuddin - ( PDRM - Elit ), Wan Shazwan B Wan Shahril Anuar ( E Alite - Track ), Mohammad Al Ghazali B Ab Hamid ( Pelapis Kebangsaan -Bwh 23 ),Mohamad Shafiq Shazwan B Zainuddin ( Pelapis Kebangsaan ), Mohamad Asraf ( Akademi serantau -Penang ), Wan mohamad Azmi ( Akademi serantau - Penang),Mohamad Farid B Razali ( Pelapis Kebangsaan - Youth Olimpik - Australia 2013) Perancangan tahun 2013, Pusat latihan Berbasikal Remaja Kelantan telah merancang program bersama sama dengan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darulnaim serta dengan bantuan Unit Sukan Universiti Sains Malaysia ( Cawangan Kubang Kerian )untuk mengadakan satu program latihan kursus bagi atlet2 Remaja bagi peningkatan Prestasi dan pengetahuan atlet dalam pengunaan "Sains Sukan " dalam latihan. Latihan pengunaan :Heart rate monitor ( Bantuan Pusat Satelit ISN Negeri Kelantan )amat memberi manaafat kepada atlet.Pihak USM dan Jurulatih dapat memantau prestasi atlet dan juga meningkatkan lagi prestasi latihan atlet. Latihan bermula Januari 2013 dengan Program " General Preparation" bagi membina " Endurance milage" bagi persiapan atlet ke kejohanan2 akan datang. Antara kejohanan yg akan di sertai oleh PLN kelantan ialah: 1- Kejohanan Track NSC, 3 sirkit. 2- kejohanan Track Kebangsaan - Velodrome Kuala Lumpur. 3- Jelajah Terengganu 4- Jelajah Remaja , Johor. 5- Kejohanan lumba basikal Pesta Pulau Pinang. Persiapan untuk Sukan Malaysia ke 15 di Perlis juga di utamakan bagi mendapat pingat2 dalam acara Track yg dipertandingkan nanti. Sekian...

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Ali....shafiq.....team sprint

Ali....shafiq.....team sprint

Macam style....time layan lepokkk>>>

Macam style....time layan lepokkk>>>

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....