Ahad, 27 September 2009

JANUAL JURULATIH


Alhamdullilah...kita telah berjaya mengharungi bulan ramadhan dan masih lagi berada dalam kesibukan Raya di bulan Shawal...namun bermulanya Shawal,bermakna bermula lah persiapan PLN Kelantan untuk menyiapkan satu team yang akan menyertai pelumbaan di bulan Nov dan Dec 09 nanti..iaitu kejohanan SportExcel Road/Jemputan Asean di Perlis (Nov 13-15hb) dan kejohanan Karnival pelapis di Velodrome Cheras (4-6hb.Dec).

Kebanyakan Atlet PLN berbasikal Kelantan akan menghadapi peperiksaan di ahkir tahun ini..PMR (7-13hb.Oct),Spm(Nov)...latihan tetap berjalan seperti biasa cuma kebanyakkan atlet yang tidak menghadapi peperiksaan penting ini.Harapan Coach agar atlet2 yang akan menduduki peperiksaan ini akan bersiap sedia serta juga tenang dalam menjawap kertas soalan nanti...

Namun persiapan perlu dibuat terutama persiapan untuk ke SUKMA 2010 di Melaka pada Jun 2010 dan kebanyakkan atlet akan berusaha untuk berada dalam pasukan terpilih ke kejohanan ini.

PLN Kelantan sentiasa akan melatih dan mengambil atlet2 remaja yang berminat dalam sukan ini dan akan sentiasa menyokong sukan berbasikal sepenuhnya...

Sekian...Wasalam....

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA..AIDIL FITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA ATLET /BEKAS ATLET PLN KELANTAN...MAAF ZAHIR BATIN....SEMUGA ANDA SEMUA MEMPEROLEHI KEJAYAAN DALAM SEGALA BIDANG YANG ANDA CEBURI...INGAT "MELANGKAH HENDAKLAH KE DEPAN...BUKAN KEBELAKANG....."
JUGA KEPADA PEMINAT SERTA PELAWAT BLOG K.C.T INI..."SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN.."Terima kasih kerana sokongan anda kepada sukan berbasikal...

Selasa, 8 September 2009

KEJOHANAN YANG AKAN DISERTAI BAGI BULAN NOV & DEC







1. Pre Race akan diadakan setiap hujung bulan bagi pemilihan atlet ke kejohanan yang terpilih...30 km ujian masa perseorangan dan Masstart( lebuhraya) 60 -80km.
2.Kedatangan atlet ke sessi latihan juga di ambil kira.






Event yang akan di Sertai:

1. SportExcel Perlis/jemputan Asean
13 - 15hb Nov.2009
( Acara Lebuhraya)

2. Karnival Pelapis Track( Velodrome Cheras)
4 - 6hb Dec 2009
( Acara Track )

Sabtu, 5 September 2009

FUTURE CHAMPION...KEIRIN


Israq Zaim...atlet berumur 15 tahun..layak ke final Keirin Karnival PLN....Muga akan menjelma Juara keirin dari negeri Kelantan...

Mohamad Fahmiee Rusliee..atlet Berumur 16thn....Kuat berusaha dan sentiasa rajin dalam latihan...

Selasa, 1 September 2009

PELUMBA REMAJA KELANTAN CATAT KEJAYAAN -Sinar Harian 1hb.Ogos


Kota Bharu-Penyertaan atlet remaja berbasikal Kelantan di Kejohanan Karnival Berbasikal PLN pada 2 - 5 julai di Velodrome Ipoh tidak menghampakan.
Kejohanan yang diadakan sebanyak 3 sirkit ini disertai oleh semua negeri dan pasukanKelantan dibawah kendalian Jurulatih Rosli Salleh telah berjaya membuka mata pemerhati sukan berbasikal dengan aksi yang penuh bersemangat.

PLN kelantan menghantar 10 orang atlet yang rata2nya berumur diantara 14 - 16 tahun telah memberikan saingan yang sengit kepada pelumba dari negeri lain,terutama melalui 2 atlet Kelantan yang kini berlatih dibawah pasukan pelapis serantau.Dua pelumba tersebut ialah Mohamad Al Ghazali yang kini berlatih di pusat latihan serantau,Pulau Pinang dan Nur Ezuwanie Zakaria dibawah pasukan pelapis kebangsaan,Bukit Jalil.
Pengalaman latihan bersama pasukan elite itu telah memberi kelebihan kepada Mohamad Al Ghazali apabila berjaya mengharumkan nama Kelantan dengan kejayaan mengungguli acara KEIRIN.Lebih manis lagi dengan kejayaan pelumba muda Israq Zaim yang berjaya menyelitkan diri dalam pusingan ahkir acara tersebut.
Nur Ezuwanie pula tidak menghampakan kontijen negeri apabila menyumbangkan 2 pingat perak dalam acara 500 meter dan Scracth race.
Penolong pegawai belia dan sukan USPTN Kelantan,Afiz Ikmal Adenan menyifatkan kejayaan atlet remaja ini adalah pendorong kepada pelumba2 lain agar tidak gentar dan mempamerkan semangat lawan yang tinggi ketika di beri peluang mewakili negeri.Kejayaan ini juga merupakan detik manis kepada sukan berbasikal negeri Kelantan yang kebelakangan ini ketinggalan dalam segi kemudahan dan sokongan ramai.
"kejayaan yang diperolehi, 1 Emas dan 2 Perak ini membuktikan Negeri Kelantan tidak ketandusan bakat dalam sukan berbasikal jika digilap dengan sebaiknya.
Disamping kejayaan ini,turut dibanggakan dengan pencapaian atlet2 remaja yang lain seperti Mohd Fahmiee,Mohd Zarif dan mohd Hakimi yang mana berada di ke 10 terbaik dalam acara masing2.
"Sekalung tahniah kepada Jurulatih PLN Kelantan En.Rosli Salleh yang berjaya memainkan peranannya mengilap bakat2 baru dalam sukan berbasikal ini dan juga atlet2 remaja yang berjaya membawa nama negeri Kelantan menjadi pasukan yang di Geruni oleh pasukan2 negeri yang lain"....JOGHO KELANTAN-Sinar Harian.

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Ali....shafiq.....team sprint

Ali....shafiq.....team sprint

Macam style....time layan lepokkk>>>

Macam style....time layan lepokkk>>>

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....