Rabu, 16 Januari 2013

Prestasi Atlet2 Remaja Kelantan sepanjang tahun 2012

Assalamualaikom..Salam sejahtera..salam 1 Malaysia: Pusat latihan Berbasikal Kelantan, yang berpusat di Majlis Sukan Negeri Kelantan di bawah naungan Majlis Sukan Negara,Unit Pelapis..sepanjang tahun 2012 telah menyertai beberapa kejohanan Lumba Basikal..terutama acara Track. Sepanjang tahun 2012,beberapa atlet remaja kelantan telah di kenal pasti untuk di serapkan ke Pasukan Pelapis Kebangsaan dan Serantau. atlet2 kelahiran Negeri kelantan kebelakangan ini telah terpilih ke Pasukan Malaysia Elite dan Pelapis Kebangsaan serta Serantau. Nik Azwan B Zainuddin - ( PDRM - Elit ), Wan Shazwan B Wan Shahril Anuar ( E Alite - Track ), Mohammad Al Ghazali B Ab Hamid ( Pelapis Kebangsaan -Bwh 23 ),Mohamad Shafiq Shazwan B Zainuddin ( Pelapis Kebangsaan ), Mohamad Asraf ( Akademi serantau -Penang ), Wan mohamad Azmi ( Akademi serantau - Penang),Mohamad Farid B Razali ( Pelapis Kebangsaan - Youth Olimpik - Australia 2013) Perancangan tahun 2013, Pusat latihan Berbasikal Remaja Kelantan telah merancang program bersama sama dengan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darulnaim serta dengan bantuan Unit Sukan Universiti Sains Malaysia ( Cawangan Kubang Kerian )untuk mengadakan satu program latihan kursus bagi atlet2 Remaja bagi peningkatan Prestasi dan pengetahuan atlet dalam pengunaan "Sains Sukan " dalam latihan. Latihan pengunaan :Heart rate monitor ( Bantuan Pusat Satelit ISN Negeri Kelantan )amat memberi manaafat kepada atlet.Pihak USM dan Jurulatih dapat memantau prestasi atlet dan juga meningkatkan lagi prestasi latihan atlet. Latihan bermula Januari 2013 dengan Program " General Preparation" bagi membina " Endurance milage" bagi persiapan atlet ke kejohanan2 akan datang. Antara kejohanan yg akan di sertai oleh PLN kelantan ialah: 1- Kejohanan Track NSC, 3 sirkit. 2- kejohanan Track Kebangsaan - Velodrome Kuala Lumpur. 3- Jelajah Terengganu 4- Jelajah Remaja , Johor. 5- Kejohanan lumba basikal Pesta Pulau Pinang. Persiapan untuk Sukan Malaysia ke 15 di Perlis juga di utamakan bagi mendapat pingat2 dalam acara Track yg dipertandingkan nanti. Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Ali....shafiq.....team sprint

Ali....shafiq.....team sprint

Macam style....time layan lepokkk>>>

Macam style....time layan lepokkk>>>

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....