Ahad, 20 Januari 2013

KEM BERBASIKAL TRACK BAWAH 15 THN

Penyertaan 2 atlet remaja PLN kelantan ke Kem Berbasikal Track bawah 15 anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, di Velodrome ipoh amat membanggakan.Pemilihan di buat oleh jurulatih2 dari bahagian pelapis kebangsaan dan serantau.Pemilihan berdasarkan prestasi atlet dari kejohanan2 yang disertai sepanjang tahun. 2 atlet PLN kelantan, Mohamad Afeeq Bin Din dan Mohamad Firdaus B Hadi ,telah terpilih menyertai Kem ini.Mohamad Afeeq merupakan pelajar dari SMK(U)Mahad Muhammmadi dan Mohamad Firdaus dari SMK Kubang Kerian.kedua atlet berbasikal ini berumur 15 tahun dan merupakan atlet yang mempunyai kelebihan dan kesungguhan untuk menjadi atlet Kebangsaan di masa akan datang.
Pengalaman yang amat ternilai bagi atlet2 remaja ini, apabila sessi bersama dengan jaguh lumba basikal negara dan juga Olimpian Malaysia, Azizul Hasni Awang dapat bersama dengan atlet remaja memberi kata2 semangat dan perangsang kepada atlet2 remaja ini.

Rabu, 16 Januari 2013

Prestasi Atlet2 Remaja Kelantan sepanjang tahun 2012

Assalamualaikom..Salam sejahtera..salam 1 Malaysia: Pusat latihan Berbasikal Kelantan, yang berpusat di Majlis Sukan Negeri Kelantan di bawah naungan Majlis Sukan Negara,Unit Pelapis..sepanjang tahun 2012 telah menyertai beberapa kejohanan Lumba Basikal..terutama acara Track. Sepanjang tahun 2012,beberapa atlet remaja kelantan telah di kenal pasti untuk di serapkan ke Pasukan Pelapis Kebangsaan dan Serantau. atlet2 kelahiran Negeri kelantan kebelakangan ini telah terpilih ke Pasukan Malaysia Elite dan Pelapis Kebangsaan serta Serantau. Nik Azwan B Zainuddin - ( PDRM - Elit ), Wan Shazwan B Wan Shahril Anuar ( E Alite - Track ), Mohammad Al Ghazali B Ab Hamid ( Pelapis Kebangsaan -Bwh 23 ),Mohamad Shafiq Shazwan B Zainuddin ( Pelapis Kebangsaan ), Mohamad Asraf ( Akademi serantau -Penang ), Wan mohamad Azmi ( Akademi serantau - Penang),Mohamad Farid B Razali ( Pelapis Kebangsaan - Youth Olimpik - Australia 2013) Perancangan tahun 2013, Pusat latihan Berbasikal Remaja Kelantan telah merancang program bersama sama dengan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darulnaim serta dengan bantuan Unit Sukan Universiti Sains Malaysia ( Cawangan Kubang Kerian )untuk mengadakan satu program latihan kursus bagi atlet2 Remaja bagi peningkatan Prestasi dan pengetahuan atlet dalam pengunaan "Sains Sukan " dalam latihan. Latihan pengunaan :Heart rate monitor ( Bantuan Pusat Satelit ISN Negeri Kelantan )amat memberi manaafat kepada atlet.Pihak USM dan Jurulatih dapat memantau prestasi atlet dan juga meningkatkan lagi prestasi latihan atlet. Latihan bermula Januari 2013 dengan Program " General Preparation" bagi membina " Endurance milage" bagi persiapan atlet ke kejohanan2 akan datang. Antara kejohanan yg akan di sertai oleh PLN kelantan ialah: 1- Kejohanan Track NSC, 3 sirkit. 2- kejohanan Track Kebangsaan - Velodrome Kuala Lumpur. 3- Jelajah Terengganu 4- Jelajah Remaja , Johor. 5- Kejohanan lumba basikal Pesta Pulau Pinang. Persiapan untuk Sukan Malaysia ke 15 di Perlis juga di utamakan bagi mendapat pingat2 dalam acara Track yg dipertandingkan nanti. Sekian...

Ahad, 1 Januari 2012

Atlet Remaja Berbasikal di Kejohanan Berbasikal Pesta Pulau Pinang

Seramai 7 atlet dan 3 pegawai ke kejohanan Berbasikal Pesta Pulau Pinang yang bermula pada 16 - 18hb Disember 2011.
Senarai Pegawai:
Pengurus : Afiz Ikmal ( Pegawai MSNK )
Jurulatih : Rosli Salleh
Mekanik : Mohamad Zulkarnain

Atlet atlet Bawah 18 thn :

1. Mohamad Asraf B. Anuar ( Tanah Merah )
2. Mohamad Shafiz Shazwan Zainuddinn ( SMK Long Ghafar )
3. Mohamad Shaifuddin Shafiee ( Machang )
4. Mohamad Azmi ( SMK Padang Kala )
5. Mohamad Hanif shamsuddin ( SMK Long Ghafar )
6. Mohamad Izzuddin ( Kota Bharu )
7. Alif Zaqwan Zahang ( Tanah Merah )

Keputusan Perlumbaan:

Lepas Beramai2 ( Masstart ) 120km bawah 18:

Perlumbaan Bawah 18 dilepaskan bersama dengan atlet Elite...
Pelumba kelantan yang terbaik ialah Mohamad Asraf yang mana beliau ada di kelompok yang kedua break way menaiki bukit balik Pulau.

Di ikuti oleh Mohamad Shafiz Shazwan dan MOhamad Azmi yang berada di kelompok ketiga.

Hanif dan alif Zaquan berada di kelompok ke empat bersama Shaiful manakala Mohamad izzuddin berada di kelompok keenam setelah terlibat dalam kemalangan di kilometer 20 perlumbaan...

Acara Kriterium 15 pusingan:

Mohamad Asraf berjaya mensduduki tempat ketiga dalam penghujung perlumbaan di ahkiri dengan Sprint beramai ramai.

Mohamad Shafiq berada di NO 7 manakala Mohamad azmi berada dalam kelompok kedua.

Ulasan:

Percapaian atlet remaja dalam kejohanan ini amat membanggakan kerana acara lebuhraya hanya disertai julungkali yang mana atlet remaja Kelantan kebanyakkan mengadakan latihan bagi acara Track.

2 atlet remaja Kelantan telah dipilih menyertai Kem Latihan Berbasikal Track di Bukit Jalil bagi poersediaan ke kejohanan Berbasikal Track Asia pada Febuari nanti.
Mohamad Shafiq Shazwan ( Sprinter ),Mohamad Asraf Anuar ( Endurance ).....

Goodluck untuk atlet2 remaja Kelantan...Bersedia untuk Sukma 2012 di Pahang....!!

Atlet Berbasikal di Pesta Pulau Pinang





Atlet Berbasikal di Pesta Pulau Pinang





Sabtu, 31 Disember 2011

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Atlet Berbasikal Remaja Kelantan

Ali....shafiq.....team sprint

Ali....shafiq.....team sprint

Macam style....time layan lepokkk>>>

Macam style....time layan lepokkk>>>

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....

Team Pursuit di kejohanan berbasikal track PLN,velodrome ipoh 2 - 5 julai 2009....